Sunday, July 22, 2012

huhu.dijadualkan esok aku pergi.

serius sumpah.hanya Allah yang tahu.aku rasa macam takde feeling.rasa kosong.  -,- apakah ini.

hati aku tidak baik.jiwa aku tidak baik.ia sedang sakit.

aku tau.kerana hanya memberi makan pada jasad aku.bukanlah aku ingin berkarya atau berpuisi apatahlagi.

aku hanya banyak makan,tidur.bermain fesbuk.

sekarang dah masuk 3 hari.tapi aku masih di juzu' 1.itupun baru beberapa m/s.

alangkah celakanya aku ya Allah.

Ramadhan datang.tapi aku macam tak gembira.tak rasa syok macam apapun.

Ya Allah,aku tau walau aku tidak menulis di sini pun kau akan tau yang aku ini merasa sempit di dada.

dosa banyak.aku mulut celupar.hati busuk.aku banyak dengki.aku kedekut.aku x reti bersyukur.aku tak suka ramai orang.asal nampak kekurangan mereka,banyak aku sebut dalam hati.ini lah aku.aku si jahat dan si keji

aku tau Allah tetap di sisiku.Dia sentiasa di sana.tapi aku merasa benci..

kenapa benci?

kerana aku tidak seperti Allah.aku ini jahat dan selalu tersungkur,hanya kembali kepada Allah ketika aku bermasalah,ketika aku sedih,ketika hatiku rawan,ketika hanya bila aku mau sesuatu.ini lah aku.ini lah hambamu ya Allah.

aku benci kembali kepada Allah ketika aku belum bersedia.

aku mahu ikhlas.aku mahu jujur.aku mahu tulus.aku mahu tuhan.ketika mana aku hanya mau tuhan.

kecewa dengan diri.

itu Ramadhan datang.

aku berharap takdir puasaku di Makkah dan Madinah.walau sejujurnya Allah aku amat takut akan panas,masalah tandas,dan apa2 yang menyusahkan aku disana.

aku yang panas baran ini.diuji panas,dan perangai tenuk eru tu,aku bimbang diriku bagaimana di Haramain,

aku bermohon kepada Allah kesabaran milikku.dan perangai tenuk eru itu moga Allah sembuhkan ia.kerana begitu annoying.geram rasa nak sepak je muka dia.huh.

dengan tidak sistematiknya agent kami ini,aku dapat rasakan Allah sedang menguji kami.tentulah aku yang awal lagi kalah.mulut bising.copcepcopcep.itu lah aku.kurang bersyukur.

aku berharap aku dapat berdikari di Makkah dan Madinah.aku mahu beribadah di sana.aku mahu baca Quran.aku mahu ukhuwah yang baik.aku mahu kekuatan bukan kemalasan.aku mahu keikhlasan.aku mahu tuhan dekat dengan aku.aku mahu menjaga pandangan mataku,hatiku.aku adalah penduduk Makkah dan Madinah.

inshaAllah.inshaAllah.

moga aku tidak mensiakan Ramadhan di sana,semoga aku dapat mendoakan kawan2 aku.dapat menyucikan hati aku,aku berharap aku bertemu tuhan.dan tuhan akan mengampuni dosaku kejelekanku,kebodohanku.

aku akan berdoa untuk kebahagiaan umiabi,kesejahteraan mereka di dunia dan akhirat,semoga diberkati Allah,aku akan doakan semoga akak dalam rahmat Allah,sihatnya dia,bahagia dia di dunia dan akhirat,kerjaya dia,akhlak dia,masa depan,semoga Allah mengabulkan permintaan aku,tidak dilupa abang dan yingyi.semoga Allah merahmati kamu,mengampuni dosa silammu,sekarangmu,masa depanmu dan aku doakan semoga akhlakmu mulia seperti Nabi Allah,Rasulullah s.a.w.aku berdoa kamu dalam perhatian kasih sayang redhanya.semoga kita semua akan bertemu kembali di syurga firdaus Allah.

aku tau tingginya doa aku,aku akan diuji.aku pasti.aku berharap tuhan akan sentiasa bersama aku.

aku mahu berdoa di hadapan kaabah.tuhan,hati ini milikmu.aku mohon semoga ia kembali dan memiliki haknya.iaitu mencintai Allah dan RasulNya.bukan pada sesiapa.bukan pada makhluknya.bukan pada ibubapaku yang pernah menyedihkanku,bukan pada sahabat2 yang kupilih2 itu,bukan pada makanan,bukan pada perhiasan,bukan pada dunia,bukan pada yang haq.aku mungkin munafiq dalam penulisa ini.tapi aku berharap semoga Allah mengampuni aku.aku bermohon aku menemui Allah dalam hati aku.itu pasti.

mungkin aku update dari semasa ke semasa di fesbuk.aku berharap dengan kalimah bismilah inshaAllah,aku bermohon dari pujian mereka,aku bermohon doa2 mereka dimakbulkan Allah.aku bermohon dipermudahkan perjalanan.dibersihkan hati,dipelihara anggota badan.aamiin ya Allah.  (':

Astaghfirullah hal adzim.aku bermohon maaf diatas segala kekuranganku.kerana aku adalah aku

No comments:

Post a Comment